Tuesday, 31 January 2017

5 Orang Pemancing Terperangkap Air Pasang





Bidor-Perak 31/01/2017:
Lima orang pemancing terperangkap air pasang sungai gedong,kampung senta,bidor kurang lebih satu jam.
Cuaca yang hujan lebat membuat air sungai terus naik dan membuat tim penyelamat agak kerepotan.

Dalam insiden kira-kira pukul 6 sore  itu, korban yang berusia antara 24 hingga 28 tahun itu terjebak air pasang yang mendadak dan arus deras setelah hujan lebat sejak pukul 4 sore.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 6.50 sore sebelum mengerahkan dua pegawai dan delapan anggota ke lokasi kejadian

Katanya, operasi yang turut dibantu tiga anggota polisi itu memakan waktu hampir dua jam untuk menyelamatkan korban di sungai selebar lima meter dan berkedalaman 1.5 meter itu.

"Akibat hujan lebat sore tadi, air sungai naik mendadak dan arus deras mengakibatkan kelima korban terjebak di seberang sungai berkenaan.

"Anggota bomba kemudiannya bertindak menggunakan tali untuk operasi menyelamatkan korban.

"Semua korban berhasil diselamatkan dan operasi penyelamatan berakhir pada pukul 7.40 malam .

#HMetro
#BBPBidor

Puisi-Kasmaran





Aku jatuh cinta, benar benar jatuh cinta
Pada sosokmu yang telah memikat hati
Padamu yang benar benar membuatku tak berani
Mungkinkah ada sedikit cinta dihatimu untuk ku miliki

Berikan aku sedikit waktu tuk bahagiakanmu
Agar kau tau ada istana disini untukmu
Istana yang aku bangun dari sebuah perasaan cinta dihatiku
Dan bersamamu ingin ku habiskan waktuku.

Tiada kata yang bisa aku sampaikan selain cinta padamu
Karna hanya itu yang selalu memenuhi fikiranku
Taukah kamu,aku hilang nyali padamu
Seluruh jiwaku bergetar meski hanya mengingatmu.

Semua adalah tentangmu
Semua adalah milikmu
Kau bawa jiwaku pergi
Dan aku hanya bisa menunggumu di sini dalam kasmaran

Kecelakaan bus yang mengangkut warga asing

12 penumpang cedera ringan

Johor Bahru: Sebuah bas kilang yang membawa 20 pekerja warga asing terbabas di Kilometer 10.2 Lebuhraya Link Kedua dekat Gelang Patah, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.10 pagi itu, 12 daripada penumpang mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, ketika kejadian, bas kilang dari arah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) itu membawa pekerja warga Nepal dan Myanmar berusia antara 20 hingga 30 tahun untuk pulang ke asrama di Lima Kedai dekat Gelang Patah.

"Siasatan awal mendapati bas terbabit hilang kawalan selepas tayar hadapannya pancit sebelum terbabas berhampiran susur keluar ke Iskandar Puteri.

"Seramai 12 penumpang mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk diberi rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.