12 penumpang cedera ringan
Johor Bahru: Sebuah bas kilang yang membawa 20 pekerja warga asing terbabas di Kilometer 10.2 Lebuhraya Link Kedua dekat Gelang Patah, pagi tadi.
Dalam kejadian 8.10 pagi itu, 12 daripada penumpang mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, ketika kejadian, bas kilang dari arah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) itu membawa pekerja warga Nepal dan Myanmar berusia antara 20 hingga 30 tahun untuk pulang ke asrama di Lima Kedai dekat Gelang Patah.
"Siasatan awal mendapati bas terbabit hilang kawalan selepas tayar hadapannya pancit sebelum terbabas berhampiran susur keluar ke Iskandar Puteri.
"Seramai 12 penumpang mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk diberi rawatan sebagai pesakit luar," katanya.
Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.